Awie Pernah Menghidap Kanser Buah Pinggang,Empat Bulan Fikir Sebelum Setuju Jalani Permbedahan

Datuk Awie memberitahu dia pernah disahkan menghidap k4nser buah pinggang sejak beberapa tahun lalu.

Berkongsi mengenai perkara itu, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana penyakit tersebut dikesan lebih awal dan berjaya dibuang melalui pembed4han.

"Saya ada masalah di bahagian buah pinggang, ada tumor dan d0ktor sahkan itu adalah kanser tapi Alhamdulillah dikesan lebih awal.

Awie berfiikir selama empat bulan sebelum bersetuju untuk jalani pembed4han.

"Saya sudah pun buang tumor tersebut. Masa nak beritahu saya ketika itu pun, doktor macam tergagap-gagap. Dia kata, ia sangat mencurigakan dan bila buat pemeriksaan, dia cakap yang salah satu buah pinggang saya perlu dibuang.

"Bila saya dengar dia kata macam itu saya rasa macam ‘waktu’ saya dah nak habis," katanya.

Awie berkongsi perkara itu ketika bersama segmen ‘Pagi On Point’ di stesen radio Kool 101.

Dalam pada itu vokalis kumpulan Wings itu berkata, dia tidak mahu melakukan pembedahan membuang organ buah pinggangnya ketika itu dan meminta pandangan daripada doktor yang merawatnya.

Doktor tersebut kemudian memberi saranan kepada Awie untuk berjumpa dengan doktor pakar berhubung penyakit berkenaan.

"Saya termenung lama dan terus cakap, doktor tolong bagi saya peluang untuk fikirkan ikhtiar lain.

"Dia pun suruh saya pergi satu hospital dan mengesyorkan saya dengan seorang doktor pakar.

"Di sana pula, doktor pakar itu pun maklumkan pada saya bahawa peratusan saya menghidap k4nser adalah sebanyak 95 peratus," jelasnya.

Selepas empat bulan mendapatkan rawatan di hospital tersebut, Awie akhirnya bersetuju untuk melakukan pembedahan membuang tumor selepas dipujuk oleh isterinya.

"Empat bulan selepas itu baru saya buat keputusan untuk buat pembedahan. Isteri saya pun selalu pujuk untuk buat jadi saya pun setuju untuk teruskan.

"Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dan tumor sepanjang 2.7 sentimeter berjaya dibawa keluar daripada buah pinggang saya," katanya.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post