"Sedih Sebab Kenderaan Itu Banyak Berkhidmat"Noorkhiriah Reda Van Jnazah Miliknya Terbakar Total Lost

Noorkhiriah reda menerima takdir ujian apabila sebuah van jnazah miliknya terbakar pada malam Selasa.

Meskipun kenderaan jenis Hyundai Starex itu dilaporkan mengalami ker0sakan total, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Sapie, 46, berkata dia tetap berusaha membaiki van berkenaan supaya boleh terus digunakan untuk pengurusan jnazah.

"Van tersebut sudah dibawa ke bengkel tetapi kata mekanik kondisinya agak teruk. Enjin hangus terbakar, memang total lost dan difahamkan alat pengganti itu juga suk4r untuk didapati.

"Memang ramai yang nak beri sumbangan tetapi saya masih belum mahu terima kerana ingin melihat terlebih dahulu sama ada van tersebut boleh dibaiki atau tidak.

"Kalau boleh baiki insyaAllah dengan duit sumbangan sebelum ini yang kami ada, saya akan baiki van tersebut tetapi jika tidak saya mohon doa mungkin Allah nak beri yang lebih baik," katanya

Dalam pada itu, Khiriah memberitahu dia menyedari van tersebut terbakar selepas diberitahu oleh jiran dan sehingga kini punca masih belum diketahui.

"Pada malam Selasa jiran memaklumkan van jnazah ini terbakar dan api berjaya dipadamkan.

"Dari 2019 hingga 2024, itulah usia lima tahun van tersebut berkhidmat dengan nilai minimum 100 orang jnazah diuruskan dan dihantar ke destinasi terakhir.

"Saya reda dan pasrah dengan ujian ini, mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik," ujarnya.

Masih memiliki dua lagi van untuk pengurusan jnazah, Khiriah bagaimanapun berkata kedua-dua kenderaan tersebut tidak boleh dipandu bagi perjalanan jarak jauh.

Malah, van yang terbakar itu adalah kenderaan milik keluarganya sewaktu dia menjalankan perniagaan satu ketika dahulu.

"Kami memang memiliki tiga buah van jnazah tetapi lagi dua van itu tidak boleh dibawa jalan jauh kerana ia hasil infaq dan dibeli daripada kereta terpakai.

"Van yang terbakar ini adalah kenderaan peribadi milik kami. Saya sayang nak jual van tersebut disebabkan itu saya sedih bila dapat tahu van tersebut terbakar.

"Untuk digunakan sebagai van jnazah sudah memasuki tahun kelima tetapi van tersebut masih mampu dipandu dalam jarak jauh," katanya.

Untuk rekod, Khiriah menubuhkan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah pada 2020 untuk memberikan bantuan berkaitan hal pengurusan jnazah secara percuma.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post