Seekor Kuning Terkena Peny4kit Parvo Dibuang Di Klinik Berserta Nota penuh Emosi . Doktor Veterinar Tak Maafkan Pelaku

Seekor kucing dikenali sebagai Abu tular di media sosi4l selepas dibuang oleh seorang individu gara-gara terkena j4ngkitan parvovirus.

Menerusi sekeping nota yang ditinggalkan bersama sebuah sangkar, individu itu mengakui terpaksa membu4ng Abu yang berpeny4kit kerana dia mempunyai banyak kucing lain di rumahnya.

"Saya minta maaf sangat-sangat buat macam ni. Tak pernah buat sebegini tetapi saya tak tahu nak buat apa. RM400 dah spend untuk check up, tolong jaga ya.

"Tolong jaga si Abu ni. Rumah saya sudah banyak kucing. Si Abu ni saya jumpa di Rasta (kedai makan). Sudah bawa veterinar tetapi check ada parvovirus. Kena asing dengan kucing lain.

"Saya minta jasa baik sesiapa di sini untuk jaga baki makan dan ubat untuk si Abu. Saya tak tahu nak buat apa sebab risau sangat-sangat kucing kat rumah," tulis individu itu.

Kisah mengenai Abu tular selepas ia dikongsi oleh d0ktor veterinar, Dr Salehatul Khuzaimah menerusi TikT0k pada Sabtu.

Saya tak akan maafkan pemilik kucing yang buat begini.

Meskipun kejadian itu tidak berlaku di kliniknya, Dr Salehatul berkata dia kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan.

"Saya rasa semua klinik veterinar pernah ada pengalaman ini. Saya tak akan maafkan pemilik kucing yang buat begini.

"Saya mungkin nampak lembut, tapi apabila melibatkan penderaan haiwan, pengab4ian dan pemilik tak bert4nggungjawab, saya berdoa Allah bal4s kamu seperti kamu layan haiwan tak berdosa ini.

"Saya minta maaf. Satu lagi, jangan ingat awak tinggal macam tu, lepaskan t4nggungjawab kepada klinik, kedai haiwan, rumah perlindungan atau rumah orang lain, awak terlepas tanggungjawab tu.

"Awak akan dipert4nggungjawabkan di akhir4t. Dan jangan nak nasihat kata tu rezeki untuk doktor tambah pahala. Tolong jangan. Ia bukan tentang wang semata-mata, ia berkaitan dengan tanggungjawab," ujarnya.

Dalam hantaran sama, Dr Salehatul turut menggesa agar undang-undang berkaitan kes peng4niyaan haiwan dapat dikuatkuasakan di negara ini.

"Tolonglah kuat kuasa undang-undang peng4niayaan haiwan ni cepat. Terutama berkaitan pemilik haiwan yang culas t4nggungjawab. Hargai nyawa makhluk lain juga," ujarnya lagi.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen tentang perkembangan terbaharu kucing itu, Dr Salehatul berkata Abu telah m4ti.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih, namun ada juga yang cuba bersangka baik dengan tind4kan individu itu.

"Sedihnya. Masa sihat ditimang-timang, masa s4kit macam tu dibiarkan.

"Dia bukan owner, dia jumpa tapi tengok ada s4kit pula, mungkin dia tak banyak duit nak jaga sampai sihat, jadi dia buat keputusan macam tu," tulis netizen.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post