Anak Shila Amzah iaitu Seth Uwais dimasukkan ke sebuah hspital swasta di Seri Kembangan, Selangor akibat br0nkitis atau jangkitan pada paru-paru sejak Khamis lalu.
Suami Shila iaitu Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, memberitahu Seth terpaksa dibawa ke hspital kerana keadaan kesihatan semakin merosot selepas pulang dari sekolah.
"Semalam (Khamis) sewaktu Seth ke sekolah keadaannya baik-baik sahaja tetapi lepas habis habis waktu persekolahan saya nampak kondisinya seperti tidak baik.
"Dia jalan seperti bengkang-bengkok dan tidak sihat. Kami sudah membawanya ke klinik dan dia okay sikit cuma bila menjelang petang badannya menggigil," katanya
Berkongsi perkembangan terkini, Ubai memberitahu Seth mula menunjukkan tanda positif dan semakin baik.
Seth bagaimanapun masih memerlukan rawatan di hospital sehingga keadaan kesihatannya benar-benar pulih.
"D0ktor mengesahkan Seth mengalami jangkitan paru-paru atau bronkitis dan suhu badan pun meningkat sehingga 39 darjah celcius. Tapi Alhamdulillah sehingga hari ini (Jumaat) keadaan dia semakin baik.
"Cuma dia masih perlu dirawat di hspital dan paling cepat untuk pulang ke rumah pada Ahad ni," ujarnya.
Dalam pada itu, Ubai dan Shila memohon turut orang ramai untuk mendoakan kesihatan anak mereka.
Malah Shila juga bimbang dengan keadaan anaknya itu memandangkan dia perlu menyelesaikan komitmen kerja dan terlibat untuk persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) Ahad ini.
"Kami pun sekarang agak sibuk, minggu depan perlu ke Sabah untuk urusan kerja. Shila pula sibuk dengan persiapan persembahan di AJL Ahad ini.
"Jadi kami perlu mainkan peranan penting untuk menjaga Seth selain melaksanakan tugasan hakiki. Kami berharap agar orang ramai juga dapat mendoakan kesembuhan Seth," katanya.
Sumber:HM

