Dayah Bakar Kongsi Wajah Anak Kedua , Comelnya Pipi Pau"Geram Tengok Pipi"

Selamat melahirkan anak keduanya pada Disember lalu, pengacara yang cukup petah, Dayah Bakar tampil berkongsi wajah comel anak keduanya.

Melalui Ig, wajah comel Armand Muhammad Fayyadh yang kini berusia dua bulan menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya tidak hanya membesar dengan sihat bahkan pipi pau yang gebu dan comel buat ramai yang geram.

“Masha Allah Tabarakallah. Assalamualaikum auntie uncle dan kawan-kawan. Nama Saya Armand Muhammad Fayyadh.

“Auntie uncle boleh panggil saya ikut pilihan hati ataupun baby adik. Buat masa ni, saya paling love milk, sleep and poopoo,” tulisnya.

Malah Dayah juga turut mendoakan perjalanan anak keduanya itu sentiasa diberkati Allah SWT serta sihat membesar.

“Doakan baby adik sihat, membesar dengan kuat dan baik, cerdas, bijak dan menjadi anak yang soleh, penyejuk hati ibu baba, berjiwa besar, indah akhlaknya, merendah diri dan berbakti pada agama bangsa dan negara. Amin,” tulisnya lagi.

Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan-rakan selebriti memuji wajah comel dan gebu si comel Armand Muhammad Fayyadh.

Semoga terus membesar dengan sihat.

Terdahulu, Dayah Bakar selamat melahirkan bayi keduanya pada 29 Disember tahun lalu.

 Sumber:hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post