Gadis Kongsi Di Sebalik Tiket Bas Lama , Ralat Lambat Pulang Jenguk Di Hspital . Hanya Mampu Cium Sekujur Tubuh Kaku Abah

Bagi wanita dikenali sebagai Ain Rasyidah di TikT0k, sekeping tiket bas yang dibeli di sebuah stesen bas Dungun, Terengganu pada 18 Februari 2016 masih tersimpan rapi.

Katanya, tiket yang tersimpan dalam beg duitnya itu dibeli bagi perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan.

"Sejak 2016 saya simpan tiket ni. Selalunya apabila sampai mana-mana tempat, saya terus buang je. Tapi yang ni lain, tiket ni saya beli pada saat akhir. Malam sebelum tu kakak beritahu ayah saya terlibat dengan kemalangan.

"Tapi mak dan kakak cakap dalam grup (mesej), ayah okey tak ada apa-apa. Boleh cakap macam biasa. Dia sendiri pandu kereta pergi ke hspital lepas kemal4ngan.

"Esoknya waktu pergi kelas macam biasa, pukul 12 tengah hari tu saya tengok grup... ayah sudah pakai mesin. Saya terus beritahu pensyarah dan keluar pergi stesen bas. Mujur ada tiket 1.30 tengah hari boleh terus balik," ujarnya.

Sepanjang perjalanan Ain hanya mengalirkan air mata mengenangkan bapanya yang s4kit.

Namun emosi Ain terus terganggu apabila dia diberitahu bapanya sudah mninggal dunia ketika dia dalam perjalanan pulang.

"Ketika tu telefon saya dalam mod getaran. Apabila saya angkat, kakak cakap abah dah tak ada... terus berjurai air mata.

"Rasa macam nak jerit, n4ngis kuat-kuat kemudian nak cakap kat pemandu bas pandu laju-laju sebab masa tu jauh lagi.

"Tapi saya masih fikir waras dan nangis je kat tempat duduk sambil orang lain tengok," katanya.

Imbas Ain, dia bersyukur apabila masih berkesempatan untuk menatap dan mencium arwh bapanya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Alhamdulillah sekarang dah kenal erti pemergian, cuma saya masih rasa ralat sebab malam tu tak balik terus.

Ujarnya, dia mengambil tempoh masa yang lama untuk menerima kenyataan bahawa bapanya sudah tiada lagi di dunia ini.

"Apabila dah sampai tu, saya terus peluk kakak. Masa tu ramai sangat orang. Semua tengah tunggu ambulans balik hantar arwh abah. Saya tengok mak keluar daripada ambulans terus rasa sebak.

"Biasanya akan nampak abah dulu keluar daripada mana-mana kenderaan. Ingat lagi perasaan masa arwh mninggal tu.

"Alhamdulillah sekarang dah kenal erti pemergian, cuma saya masih rasa ralat sebab malam tu tak balik terus. Selalu pikir, kalaulah balik malam tu mesti saya sempat jumpa, bercakap, jaga dan duduk dengan abah," ujarnya lagi.

Hingga kini hantaran tersebut meraih lebih 760,000 jumlah tontonan di TikT0k.

"Nasihat saya kalau dengar ahli keluarga s4kit, walaupun tak teruk... kalau boleh secepat mungkin balik. Jangan tunggu esok.

"Sebab ni la takut nak belajar jauh daripada keluarga. Saya nak apabila jadi apa-apa saya orang pertama yang boleh jaga keluarga.

"Trend ni betul-betul mengajar kita semua untuk hargai ibu bapa selagi mereka masih ada," demikian kata netizen.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post