Kakak Bersyukur Banyak Angg0ta Hilang Ditemukan Semula , 90 Peratus Rangka Milik Bella

Kakak kepada Bella, Norhisham Samsusah menzahirkan rasa syukur apabila sebahagian rangka mngsa yang hilang ditemukan semula dalam operasi dijalankan oleh pihak p0lis.

Perkara itu dimaklumkan oleh Norhisham yang lebih mesra disapa Ayu menerusi laman Fb pada Selasa malam selepas menerima laporan berkenaan.

"Alhamdulillah, separuh angg0ta yang hilang telah dijumpai, tetapi kami masih menunggu keputusan f0rensik.

"90 peratus boleh dikatakan milik arwh Bella. Mohon doakan supaya anggota lain dijumpai," katanya dalam hantaran berkenaan.

Sebelum ini, rangka manusia yang ditemukan di sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor pada 21 Januari lalu disahkan milik Bella atau Mira Sharmila Samsusah, 32.

Pengebumian mngsa yang didakwa dibunvh oleh teman lelakinya itu dibuat pada 26 Januari lalu tanpa kedua-dua tangan dan kaki.

Sebagaimana ditulis menerusi Fb Ayu, dia dan ibunya Noraini Salleh, 55, terkejut ketika memandikan rangka tidak sempurna itu di Hspital Sultan Ismail, Johor Bahru selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan ia adalah Bella.

Myat Bella ditemukan dalam keadaan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Batu 7, Tongkang Pechah di Batu Pahat.

Penemuan rangka itu menjawab misteri kehilangan Bella selepas mngsa didakwa keluar bersama susp3k yang merupakan teman lelakinya, pada malam 14 Disember 2023.

Pada 23 Januari lalu, polis dalam satu kenyataan memaklumkan rangka ditemui itu adalah milik Bella selepas ujian DNA dilakukan berpadanan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella.

Susulan itu, suspek utama kes pembunuh4n Bella akhirnya dihadapkan ke Mahk4mah Majistret Batu Pahat, Johor pada 24 Januari atas pertuduhan bunvh.

Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang diwakili peguam Syahril Anuar mengangguk faham sebaik pertuduh4n dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Asidah A Rahman, namun tiada pengakuan direkodkan.

Haikal yang juga teman lelaki mngsa didakwa melakukan kesal4han itu antara pukul 11 malam pada 14 Disember 2023 hingga pukul 5.30 pagi hari berikutnya.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post