Penulis dan aktivis terkenal Amerika Syarikat (AS) Jeffery Shaun King dan isteri, Rai King telah memeluk Islam, pada hari pertama Ramadan.
Pada Isnin, kedua-duanya melafazkan syahadah dengan bantuan ulama dan aktivis, Omar Suleiman.
Memakai mafela Plestin, lelaki berusia 44 tahun itu mengaitkan keputusannya itu dengan 'penderitaan, kes4kitan dan trauma yang dilihat di G4za sejak enam bulan lalu'.
"Ia membuatkan saya tersentuh dalam cara yang paling mendalam untuk melihat orang sekarang di tempat yang paling berbahaya dan traumatik di bumi ini
kadang-kadang tidak melihat apa-apa selain runtuhan dan sisa-sisa keluarga mereka, dan masih boleh melihat erti dan tujuan dalam hidup.”
“Kepercayaan mereka kepada Islam bukan sahaja membuka hati saya tetapi telah membuka hati berjuta-juta orang di seluruh dunia,” kata Shaun.
Shaun dikenali kerana kelantangannya bersuara menyokong Palestin, membantah perang Isa3l ke atas G4za yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31,112 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, serta mencederakan 72,760 orang setakat ini.
Sejak 7 Oktober tahun lalu, Shaun kerap berkongsi hantaran di media sosi4l yang menunjukkan kemusnahan di G4za dan menggesa ser4ngan Ira3l dihentikan.
Dilaporkan, Shaun juga disekat di Ig kerana kandungan pro-Plestin yang dikongsinya.
Sumber:hm

