Lepas Habis SPM Baru Anak Dibelikan Telefon Peribadi Bagus Cara Didikan Profeser Dipuji

Majoriti ibu bapa generasi sekarang mungkin lebih terbuka memberikan peluang untuk anak-anak mereka mempunyai telefon bimbit sendiri. 

Selain memudahkan urusan komunikasi, mereka juga tidak akan ketinggalan dengan peredaran 1001 macam teknologi yang semakin terkedepan.

Apabila Nasuha dapat telefon sendiri selepas tamat SPM

Beberapa hari lalu, penularan video seorang gadis berusia 18 tahun menerima hadiah berupa telefon bimbit juga sempat menarik perhatian ramai. 

 dikongsikan sendiri oleh bapanya iaitu Tuan Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip yang merupakan seorang kaunselor serta profesor sebuah institusi pendidikan tinggi awam. 

Setelah menerima hadiah bermakna itu, Nasuha sememangnya tidak dapat menyembunyikan keterujaannya yang disulami rasa terharu. Lantas dia terus memeluk Prof Dr Mohammad Aziz dan memberikan kucupan ke pipi sebagai tanpa terima kasih.

Jika perlu hubungi anak, kami menelefon kawan rapat anak yang bawa telefon ke sekolah

Bercerita lanjut, beliau berkata anak-anak lain juga sudah dibiasakan dengan cara sebegitu di mana masing-masing hanya dibelikan gajet peribadi selepas tamat sekolah menengah. 

Walaupun mengaplikasikan cara berkongsi telefon bersama ibu bapa, anak Prof Dr Mohammad Aziz sebenarnya masih diberi kebebasan untuk membuka akaun media sosi4l sendiri pada waktu tertentu. Bukannya disekat terus daripada alam maya.

When your parents are educated, everything is smooth…Ini contoh mendidik tanpa menyekat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap cara didikan profesor ini kepada anak-anaknya. Walaupun nampak seperti satu keperluan, 

hakikatnya masih ada ibu bapa yang tidak bersetuju anak mempunyai gajet sendiri saat masih di bangku sekolah.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post